Berdasarkan kepada tajuk blog ini, aku ni sebenarnya baru habis kursus peralihan dan akan berpencen tak lama lagi. Namun dalam usia yang masih muda ni, aku rasa ada masa lebih kurang 15 tahun lagi untuk berusaha bijak untuk meneruskan kehidupan ini. Insyaallah aku akan ceritakan perancangan dan cita-cita aku sekejap lagi.
Buat post kali pertama ni, nak cerita sikit semalam aku ada beli sebuah jam tangan G-Shock di Berjaya Megamall, Kuantan. Amacam cantik dan bergaya tak? Gaya jam macam orang baru nak mula kerja je. Bersemangat. Bukan apa, jam ni saya beli guna duit cenderahati yang diterima apabila nak berpencen iaitu RM 440. Ha daripada habis tak tentu pasal baik aku sambar sebuah jam. Boleh buat kenang-kenangan sepanjang aku kerja 22 tahun.
Ok berbalik kepada rancangan aku selepas berpencen, sahabat-sahabat ada bagi tau kalau nak berniaga, usahakan yang ada service seperti berikut pertama buka Kedai Makan. Kedua buka Cafe. Ketiga buka Kedai Dobi. Keempat buka Kedai Gambar. Tak tahulah betul atau tak.
Aku juga ada plan nak ke Korea bersama isteri dan anak-anak. Lama dah berjanji. Aku nak bawa mereka jalan-jalan. Er pergi Jepun untuk tengok Gunung Fuji. Eropah pun dalam perancangan. 20 Feb 2016 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu ok.
Ok sebelum merapu lari dari topik, aku dah mengantuk. Jumpa di post yang akan datang. Bye.
No comments:
Post a Comment