Saturday, October 20, 2018

TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA


Mulai 1 April 2013 seramai 22 orang anak yatim dari sekitar daerah Kuala Terengganu ditempatkan di Asrama Pra Tahfiz Perkaya, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Anak-anak yatim ini berusia antara 10 hingga 12 tahun.(Darjah 4 dan 6). Mereka semua akan memulakan persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu.

RASIONAL PENUBUHAN:

Asrama ini ditubuhkan dengan hasrat yang murni iaitu memberi pendidikan akademik dan Al Quran serta membentuk akhlak serta kemahiran agar masa depan mereka lebih terjamin.

MATLAMAT TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA

Menyediakan generasi celik AlQuran daripada awal dalam usaha membentuk insan yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al Quran. Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.  Di akhir tahun ketiga adalah diharapkan mereka boleh menguasai sekurang-kurangnya 3 juzuk sebelum dihantar ke Sekolah Menengah Akademik Tahfiz  (SMAT) Perkaya, Marang.
OBJEKTIF
Melahirkan anak yatim yang boleh menguasai  hafazan sebelum ke Sekolah  Akademik Tahfiz Perkaya di Marang dan Dungun
Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

Pengambilan pertama Taman Pra Tahfiz ini terdiri daripada  anak-anak yatim lelaki yang berumur 10 dan 12 tahun (Darjah 4 dan 6) seramai 22 orang. IAnak-anak yatim ini akan melanjutkan pengajian mereka ke tingkatan satu kelak di Perkaya Induk yang memulakan sesi persekolahan tahun 2012 dengan sistem Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SAT) Perkaya di Marang.

Semua anak yatim ini ditempatkan di sebuah rumah kediaman musafir yang telah diwakafkan terletak di Beladau kolam yang mempunyai 10 buah bilik.  Rumah ini dijadikan asrama anak-anak yatim ini serta pejabat sementara operasi Biro Perkaya Daerah Kuala Terengganu. Semua anak yatim ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Penghuni rumah ini akan akan ditanggung sepenuhnya oleh Perkaya.

KURIKULUM
Kurikulum pengajian mengikuti sepenuhnya Kementerian Pelajaran Malaysia yakni mereka akan bersekolah di Sek. Keb. Beladau Kolam pada sesi pagi hingga tengahari. Pada waktu petang dan malam mereka akan mengikuti kelas-kelas Al-Quran  dan hafazan disamping kelas-kelas tambahan untuk peperiksaan UPSR dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kelas hafazan dan Al-Quran akan dibimbing oleh guru khas secara sambilan pada waktu petang dan malam manakala pada hari minggu mereka akan mengikuti sepenuhnya kelas hafazan dan Al-Quran.
Ini bermakna mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR selaras dengan kehendak Kementerian PelajaranMalaysia.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Bangunan  rumah  yang selesa dengan kapasiti  50 orang pelajar. Kemudahan asas seperti bilik mandi , tandas dan lain-lain yang mencukupi. Terdapat bilik urusetia dan bilik warden .
Kawasan beriadah, Kawasan yang selamat dengan pagar batu, serta  di kelilingi pokok buah-buahan.

 SUMBER KEWANGAN
Perkaya Induk, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sumbangan orang ramai, Rancangan Makanan Tambahan – Kementerian Pelajaran Malaysia, MAIDAM,  Orang Perseorangan,
Lain-lain sumber


TARIKH MULA OPERASI

Pada 1 April  2013

 AHLI JAWATANKUASA

Penaung:                
YM Dato’ Hj. Tengku Mahmud bin Mansor
Penasihat :
YB. Dato’ Hj. Shaikh Harun bin Ismail
Pengerusi :
Hj. Yusof bin Abd. Karim
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Bendahari: Hj. Othman b Abdullah
Ahli Jawatakuasa
Tn. Hj. Mustafa bin Said
YM  Syed Othman b Syed Hassan
Hj. Razak bin Deraman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd  Omar b Abd Rahman
Hj Ismail b Ngah
Hj Muda b Said
Hj Abu Bakar @ Ariffin b Mohd
HJ Yusof  @ Yusof b Mahmud
Hj Hasanuddin b Mustaffa
Hjh Nur Asiah bt Abdullah
Hjh Nooraini bt Ibrahim



PENUTUP
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. Mudah – mudahan Allah memberkati Taman kita ini dengan dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan bencana dengan adanya golongan Huffaz anak-anak yatim di sini.

WAKAF PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA

Cadangan pembinaan surau tersebut dalam proses pengumpulan dana wakaf. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Taman Pra Tahfiz Perkaya ,

SUMBANGAN

Sumbangan daripada organisasi, orang ramai atau individu dialu-ukan  dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, makanan harian seperti beras, gula, makanan dalam tin dsb. NO. AKAUN MAYBANK ISLAMIC 56306412878

Monday, July 30, 2018

PERNIAGAAN DENGAN SEDEKAH



Saya menyeru anda untuk BERSEDEKAH kepada Pusat Bimbingan Remaja Baitul Husna Kuantan yang telah dibuka di Kuantan, bagi membantu masalah - masalah remaja dan wanita, seperti:

- hamil tanpa suami
- mangsa perkosaan
- mangsa pengabaian / penderaan.

🌹 Kami sediakan perlindungan kepada remaja wanita yang teraniaya
🌹 Kami bimbing remaja wanita yang mempunyai masalah akhlak, Akidah, Penzinaan, Diperkosa, terlanjur dan Pergaulan bebas.
🌹 Kami sediakan pendidikan Rohani , Fardhu Ain dan Pendidikan Sosial.

Kesilapan bukan bermakna musnah kehidupan. Kesilapan bukan bermakna Allah membenci. Peluang sentiasa terbuka kepada yang silap untuk kembali ke pangkal jalan.

SEBARANG INFO DAN MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI:
☞018 - 2964979 (Cik Zura)
☞010 - 8466978 (Cik Laila)

Sunday, July 15, 2018

Tuesday, May 29, 2018

SEBESAR APAKAH ALLAH SWT?





Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah kita renung-renungkan video you tube ini.


Saturday, February 24, 2018

PENYANTUN ANAK-ANAK YATIM JADI TETAMU RASULULLAH DI SYURGA

Assalamualaikum.

Alhamdullillah syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

Berkata Prof Hamka

“Sesungguhnya para tetamu Rasulullah di syurga itu adalah terdiri dari para penyantun anak-anak yatim”.

Atas kata-kata di atas, saya tertarik dan berusaha untuk menyampaikan seruan oleh Nurul Alifah bt Md Zaki yang berada di PUSAT RAWATAN AMAL.

Bagi saya mudah aje dengan urusan kutipan-kutipan amal seperti ini. Kalau ada mana-mana pihak yang menipu dan menyeleweng, biarlah Allah sahaja yang menghukumnya. Yang pentingnya saya telah melaksanakan kewajipan serta tanggungjawab saya dengan niat yang tulus ikhlas.

Daripada PUSAT RAWATAN AMAL

Kami di sini bersama dengan anak-anak yatim sentiasa mendoakan moga-moga Tuan Puan sentiasa di dalam rahmat Allah. Kami doakan buat SEKELUARGA mendapat kesihatan yang cukup untuk lebih mudah ibadah kepada Allah.

Kami menjemput jika ada RUANG dan MASA, sudilah datang ziarah lihat anak-anak syurga ini. Ziarahlah ke Madrasah yang serba kekurangan ini dan berkongsi suka duka anak-anak yatim disini bersama Tuan Puan.

“Ya Allah jika rezekinya berada di langit maka TURUNKANLAH jika berada di bumi maka KELUARKANLAH jika sukar MUDAHKANLAH”.

Jika haram SUCIKANLAH, jika jauh DEKATKANLAH dengan kebenaran DHUHA-Mu”.

Doa anak-anak syurga... Buat Tuan Puan sekeluarga yang sudi niat membantu kami doakan moga Allah mempermudahkan segalanya atas urusan untuk membantu anak-anak yatim Faqir disini.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH banyak atas sudi niat untuk membantu MENYANTUNI anak-anak yatim Faqir ini...

Jika ada sedikit sebanyak bantuan kewangan yang mungkin Tuan Puan boleh bantu untuk melajukan penempatan anak-anak syurga ini kami terima walaupun 10, 50, 100 atau berapa yang Tuan Puan mampu beri

Subhanallah.

Seandainya hari ini ada rezeki buat anak-anak yatim dan faqir ini...sumbangkanlah BERAPA SAHAJA yang TERMAMPU... jika banyak ALHAMDULILLAH kami syukur.

Setelah kemasukan dibuat mestilah dimaklumkan kembali kepada Nurul Alifah bt Md Zaki kerana beliau di AMANAHKAN untuk MEREKODKAN kemasukan Amanah membawa keberkatan.

Akaun Maybank No Akaun 5021 7500 2459
PUSAT RAWATAN AMAL
Nurul Alifah bt Md Zaki
Unit Rawatan & Kebajikan Pelajar

No HP: 014-2114 856