Mulai 1 April 2013 seramai 22 orang anak yatim dari
sekitar daerah Kuala Terengganu ditempatkan di Asrama Pra Tahfiz Perkaya,
Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Anak-anak yatim ini berusia antara 10 hingga
12 tahun.(Darjah 4 dan 6). Mereka semua akan memulakan persekolahan mereka di
Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu.
RASIONAL
PENUBUHAN:
Asrama ini ditubuhkan dengan hasrat yang murni iaitu
memberi pendidikan akademik dan Al Quran serta membentuk akhlak serta kemahiran
agar masa depan mereka lebih terjamin.
MATLAMAT TAMAN
PRA TAHFIZ PERKAYA
Menyediakan generasi celik AlQuran daripada awal dalam
usaha membentuk insan yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al
Quran. Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk
generasi Al-Quran yang syumul. Di akhir tahun ketiga adalah
diharapkan mereka boleh menguasai sekurang-kurangnya 3 juzuk sebelum dihantar
ke Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SMAT) Perkaya, Marang.
OBJEKTIF
Melahirkan anak yatim yang boleh menguasai hafazan
sebelum ke Sekolah Akademik Tahfiz Perkaya di Marang dan Dungun
Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah
Rasulullah S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan
Menghayati)
SEJARAH
RINGKAS PENUBUHAN
Pengambilan pertama Taman Pra Tahfiz ini terdiri
daripada anak-anak yatim lelaki yang berumur 10 dan 12 tahun (Darjah 4
dan 6) seramai 22 orang. IAnak-anak yatim ini akan melanjutkan pengajian mereka
ke tingkatan satu kelak di Perkaya Induk yang memulakan sesi persekolahan tahun
2012 dengan sistem Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SAT) Perkaya di Marang.
Semua anak yatim ini ditempatkan di sebuah rumah kediaman
musafir yang telah diwakafkan terletak di Beladau kolam yang mempunyai 10 buah
bilik. Rumah ini dijadikan asrama anak-anak yatim ini serta pejabat
sementara operasi Biro Perkaya Daerah Kuala Terengganu. Semua anak yatim ini
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Penghuni rumah ini akan akan
ditanggung sepenuhnya oleh Perkaya.
KURIKULUM
Kurikulum pengajian mengikuti sepenuhnya Kementerian
Pelajaran Malaysia yakni mereka akan bersekolah di Sek. Keb. Beladau
Kolam pada sesi pagi hingga tengahari. Pada waktu petang dan malam mereka akan
mengikuti kelas-kelas Al-Quran dan hafazan disamping kelas-kelas tambahan
untuk peperiksaan UPSR dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kelas hafazan dan Al-Quran akan dibimbing oleh guru khas
secara sambilan pada waktu petang dan malam manakala pada hari minggu mereka
akan mengikuti sepenuhnya kelas hafazan dan Al-Quran.
Ini bermakna mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti
pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR
selaras dengan kehendak Kementerian PelajaranMalaysia.
KEMUDAHAN
YANG DISEDIAKAN
Bangunan rumah yang selesa dengan
kapasiti 50 orang pelajar. Kemudahan asas seperti bilik mandi ,
tandas dan lain-lain yang mencukupi. Terdapat bilik urusetia dan bilik
warden .
Kawasan beriadah, Kawasan yang selamat dengan pagar
batu, serta di kelilingi pokok buah-buahan.
SUMBER
KEWANGAN
Perkaya Induk, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Sumbangan orang ramai, Rancangan Makanan Tambahan –
Kementerian Pelajaran Malaysia, MAIDAM, Orang Perseorangan,
Lain-lain sumber
TARIKH MULA OPERASI
Pada 1 April 2013
AHLI JAWATANKUASA
Penaung:
YM Dato’ Hj. Tengku Mahmud bin Mansor
Penasihat :
Penasihat :
YB. Dato’ Hj. Shaikh Harun bin Ismail
Pengerusi :
Pengerusi :
Hj. Yusof bin Abd. Karim
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Bendahari: Hj. Othman b Abdullah
Ahli Jawatakuasa
Ahli Jawatakuasa
Tn. Hj. Mustafa bin Said
YM Syed Othman b Syed Hassan
Hj. Razak bin Deraman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd Omar b Abd Rahman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd Omar b Abd Rahman
Hj Ismail b Ngah
Hj Muda b Said
Hj Abu Bakar @ Ariffin b Mohd
HJ Yusof @ Yusof b Mahmud
Hj Hasanuddin b Mustaffa
Hjh Nur Asiah bt Abdullah
Hjh Nooraini bt Ibrahim
PENUTUP
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua
lapisan masyarakat. Mudah – mudahan Allah memberkati Taman kita ini dengan
dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan
bencana dengan adanya golongan Huffaz anak-anak yatim di sini.
WAKAF PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA
Cadangan pembinaan surau tersebut dalam proses
pengumpulan dana wakaf. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Taman
Pra Tahfiz Perkaya ,
SUMBANGAN
Sumbangan daripada organisasi, orang ramai atau individu
dialu-ukan dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, makanan harian
seperti beras, gula, makanan dalam tin dsb. NO. AKAUN MAYBANK ISLAMIC 56306412878
No comments:
Post a Comment