Wednesday, December 6, 2017

KEMBARA KOREA 2017 OLEH HIJJAZ BACKPACKER – (INTRO)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Apa khabar semua? Pada kali ini, ana ingin menceritakan tentang pengembaraan ana ke sebuah negara yang terletak bersebelahan dengan Jepun iaitu Korea Selatan (Negara K-Pop). Korea menjadi tarikan ramai dengan tempat-tempat yang super indah dan menarik seperti yang kerap ditonjolkan melalui media sosial. Selalu dikunjungi oleh pelancong-pelancong terutamanya dari negara-negara Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia. Ianya juga terkenal dengan artis-artis yang jambu-jambu tak kira lelaki atau perempuan contohnya Girl’s Generation SNSD

...(Contoh oleh anak perempuan ana).

Keinginan untuk mengembara ke Korea sebenarnya telah lama dirancangkan oleh anak-anak sejak 2016 lagi namun setelah mengambil kira kelapangan serta waktu yang terluang, ana membuat keputusan untuk menjayakannya juga supaya tiada tuntutan lagi di belakang hari. Serentak itu juga ana telah menubuhkan Hijjaz Backpacker yang terdiri daripada iaitu Ida Royani (isteri), Fatin Dayana (Anak Pertama), Fatin Nazira (Anak Kedua) dan Rafidah Zaffery (Adik).

Syukur alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T pada bulan September 2017, ana telah menempah tiket penerbangan Air Asia X ulangalik ke Seoul pada tarikh 7 November hingga 12 November 2017 (setelah mengambil kira tarikh cuti Politeknik dan juga sekolah menengah).

Sebagai rujukan, ana telah menjumpai beberapa blog yang boleh membantu iaitu diantaranya:
3.       https://www.fieza.net/

Sudah tentu banyak persediaan-persediaanyang terpaksa ana buat untuk menjayakan pengembaraan ini yang menarik ini. Hal ehwal penting perlu diambil tahu:

1. Tambang Pengangkutan.
2. Penginapan.
3. Sajian.
4. Pakaian.

Insyaallah ana akan kembali di dalam post yang akan datang.