Apa khabar semua? Pada kali ini, ana ingin menceritakan tentang pengembaraan ana ke sebuah negara yang terletak bersebelahan dengan Jepun iaitu Korea Selatan (Negara K-Pop). Korea menjadi tarikan ramai dengan tempat-tempat yang super indah dan menarik seperti yang kerap ditonjolkan melalui media sosial. Selalu dikunjungi oleh pelancong-pelancong terutamanya dari negara-negara Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia. Ianya juga terkenal dengan artis-artis yang jambu-jambu tak kira lelaki atau perempuan contohnya Girl’s Generation SNSD
...(Contoh oleh anak perempuan ana).
Keinginan untuk mengembara ke Korea sebenarnya telah lama dirancangkan
oleh
anak-anak sejak 2016 lagi namun setelah mengambil kira kelapangan serta waktu
yang terluang, ana membuat keputusan untuk menjayakannya juga supaya tiada
tuntutan lagi di belakang hari. Serentak itu juga ana telah menubuhkan Hijjaz Backpacker yang terdiri daripada iaitu
Ida Royani
(isteri), Fatin Dayana (Anak Pertama), Fatin Nazira (Anak Kedua) dan Rafidah
Zaffery (Adik).
Syukur alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T pada bulan
September 2017, ana telah menempah tiket penerbangan Air Asia X ulangalik ke Seoul
pada tarikh 7 November hingga 12 November 2017 (setelah mengambil kira
tarikh cuti Politeknik dan juga sekolah menengah).
Sebagai rujukan, ana telah menjumpai beberapa blog yang
boleh
membantu iaitu diantaranya:
Sudah tentu banyak persediaan-persediaanyang terpaksa ana buat untuk menjayakan
pengembaraan ini yang menarik ini. Hal ehwal penting perlu diambil tahu:
1. Tambang Pengangkutan.
2. Penginapan.
3. Sajian.
4. Pakaian.
Insyaallah ana akan kembali di dalam post yang akan datang.

No comments:
Post a Comment