Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar semua? Ya Akhi Ya Ukhty. Untuk Korea, tinggal kenangan. Kenapa? Kerana ana bersama keluarga serta adik perempuan telah pulang ke Malaysia setelah bermusafir selama 5 hari ke Korea Selatan minggu lalu. Ana sengaja mengambil bas dari KLIA2 ke TBS dengan tiket berharga RM 11.40 seorang.
Bak pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negera sendiri, elok lagi negara sendiri". Kata-kata ini untuk memujuk hati anak ana yang seronok berada di Korea sehingga meluahkan perasaan untuk tinggal di sana. Ana cuma mampu berjanji untuk membawa anak-anak ke Korea lagi pada bulan Mei 2018 sekiranya kewangan mengcukupi.
Bagaimana pula dengan cerita pengalaman ana di Korea bermula 7 November hingga 12 November 2017? Itulah yang akan ana ceritakan di dalam catatan ana yang akan datang, ok?

No comments:
Post a Comment